Thursday, October 29, 2009

kordial berperisa pelik.

kordial berperisa pelik..indah luaran…tapi rasanya belum tahu..selagi belum mencuba..selagi itu tidak tahu…mungkin tidak akan pernah tahu.

Tenung luaran nya…baca intipatinya..khasiat nya..mudaratnya…seimbang atau tidak..
Jika rasa ok…secawan air kosong sesudu cordial berperisa pelik di kacau bersama..tidak perlu lagi di tambah gula..biarkan ia mesra…jika masih di tambah..terlebih manis banyak pula mudaratnya.

Baca berkali-kali arahan yang tertera…fahami betul2 sebelum mencuba…jika salah faham…buruk baik tanggung sendiri.

Dalam dunia ini…banyak perkara yg mungkin sama ceritanya…cara penyampaian mungkin berlainan…mungkin terkurang..mungkin sengaja di lebih-lebihkan…mudaratnya..terpulang pd resepi bancuhan si empunya niat tersembunyi.

Sifat ingin tahu lahir semulajadi dlm diri insan...sifat ingin mencuba mungkin tiada pd semua..tetapi ada dalam diri mereka yang lahirnya normal akal minda…

Tidak salah mencuba..tidak salah ingin tahu…biar tahu itu buka jalan terang utk mereka yg tidak pernah ambil tahu.

Kordial berperisa aneh…pelik…tidak cuba tidak tahu…mungkin tidak akan pernah tahu.
Tetapi bisakah diri ini membiarkan diri di racuni…sekuat manakah antibodi jiwa yg bersemi dgn selaput hitam seperti aku..sekuat manakah ia melawan bancuhan kordial aneh yg di racuni ludah mereka yg demi kepentingan poket sendiri.

Niat nya…tidak tahu lah…baik kah??buruk kah??sudah terkena atas dahi…jgn cari dahan rapuh untuk bergayut…jangan cuba salahkan yg lain…

Manis mungkin manis…jika tidak suka..tambah kan lagi air kosong..biar kurang manisnya…jika suka yang panas…biarkan panas..jika tidak..ais kan ada…dinginkan tekak hilangkan jerih…

Kuasa di tangan mu kawan…kuasa untuk menentukan samada perlu atau tidak mencuba kordial ini…mahu maniskah..kurang manis??panas atau sejuk…bancuh lah sendiri sesedap rasa..jika masih belum sedap..termuntah setelah meminumnya…jangan salahkan aku…jangan salah kan ibu bapamu..jangan kau salahkan yang lain…

Tak sudi mencuba tak apa…tidak semua kordial ini di racuni..pilih lah sendiri!!

2 comments:

  1. kordial cosway...
    Lurve that...
    should try some...
    sure wOnt regret!
    (^-^)

    ReplyDelete
  2. yeahh..try it..feel it from head to toe.....grow wild!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...