Sunday, April 26, 2009

game of s.k.a.t.e



Lama betul tak mengunjungi The Mines...sejak menamatkan pelajaran di serdang dulu..cuma beberapa kali aje ke sana...semalam(sabtu)...aku menerima pelawaan rakan untuk menyaksikan pertandinngan papan selaju(skateboard)...game of s.k.a.t.e.."best trick"...

Cuma sempat tidur beberapa minit di pagi sabtu itu...aku dan 3 lagi rakanku terus ke the mines...sesat jalan plak tu...2,3 fly over di depan the mines membuat aku keliru...ahahaha,..terlajak ke balakong plak...

Game of skate tersebut bermula pada jam 4ptg..masih ade 2jam..selepas mendaftar untuk pertandingan tersebut..kami melantak di McD sambil bertemu "skater2" tempatan yang bisa beraksi cara global...ahahaha...

Melantak quater pounder,dan cola bersaiz sederhana cukup menambah selera tidur aku tgh hari itu...tetapi di sajikan pula dgn telatah seorang brader yg kehilangan funfries nye...mmg lawak..bagus!!hilang sedikit mengantuk..


maaf kpd gadis "x" dan sepatu buruk nye...

Tuesday, April 21, 2009

aku,dia dan tembok kaca gergasi.

huh..lama duk usya dia nih...x cantik...indah dan biasa2 aja..tp begitu memenuhi citarasa aku..mai aku cerita sesuatu kt hangpa...

aku,dia dan tembok gergasi...aku tak tau camne aku suka kt dia...dan aku taktau dia suka tak kt aku...tapi..antara aku dan dia ada tembok kaca gergasi yang di bina dari nama dan harta...yang di konkrit dgn sedikit korupsi negara demokrasi ini...sangat tebal tembok ini..aku cuma mampu melihat..tapi x bisa menyentuh..mahupun mendekati nya.

dari dunia gelapku...aku bisa melihat dia dgn jelas..tetapi dia lansung tidak sedar akan kewujudan aku...

tokwan dah mai..dia habaq jgn sesekali rempuh tembok tu...hang yang naya nanti..tembok keras tu...tengok ja..jgn dok gatai nk rempuh...

tapi aku nk rempuh gak...peduli ape aku...tembok wang dan nama...takkan bisa bertahan lama...


~mesti hangpa duk pk aku berkata-kata untuk seorang wanita...fikirkan ianya global...lakukan dgn cara lokal!!

Aturan Hidup Di Luar Sistem



sejak kecil lagi(aku laa..korang aku xtau)...aku di ajar untuk terus hidup di dalam sistem ciptaan manusia di negara ini...bersekolah..kemudian ke universiti...capai gred tertinggi..akhir nya bekerjan di sektor2 kerajaan mahupun swasta...

berpakaian kemas,berambut pendek,berkereta,yang kaya di atas..yang miskin di ludah..itulah sistem yang di aplikasi kan,kaum demokerat!!Hidup di dalam sistem,dari tokwan hingga ke cucu..."kalau kau keluar dari sistem ini..susah hidup mu"..

ramai teman-teman ku datang dari keluarga senang,yang mungkin tak pernah merasai getir hidup ini..di jalanan..tidak punyai wang untuk makan...hidup sangat sedih ibarat kata "telur di hujung tanduk"...ramai mereka di sana menyangka aku orang senang..berkereta...mempunyai gadjet2 canggih...mereka tertanya-tanya...makhluk apa kah aku ini sebenarnya....

berambut gimbal...pakaian nya kadang2 seperti pengemis..tetapi berkereta,punyai banyak masa senggang...adakah aku "pusher" dadah??ini lah aku yang cuba lari dari sistem azali...

hidup di luar sistem tidak semestinya engkau gagal...dan tidak pula aku kata aku berjaya...mungkin bagi aku..hidup hari ini cuma untuk hari esok..dan begitu seterusnya...setidak-tidak nya aku tidak menyusahkan individu lain termasuk kaum keluarga...

hidup di dalam normaliti...belajar--->kerja---->kawin---->buat anak---->dapat anak---->anak belajar---->anak bekerja--->anak kawin---->begitu seterusnya...
itu sistem yang normal dalam kehidupan manusia....tuhan yang tentukan..kita cuma berusaha dan terus berusaha..

cuma sistem yang satu ini...yang x mahu aku sebutkan..agak meluat...ianya membina jurang perbezaan untuk orang2 spt aku dan orang yang "robot sistematik"...

aku bukan lah anti sistematik..malah aku juga terus hidup di dalam sitem itu...cuma 2,3 tahun ini aku cuba lari dari landasan tersebut...lari dari zionism...lari cengkaman kukubesi..lari dari sang koruptor...lari dari normaliti sebagai seorang rakyat demokerat...

aku akui...hidup didalam sistem ada kebaikan nya dan hidup di luar sistem itu juga banyak kebaikan nya...itu bila di rujuk kepada perkatan "kebebasan".

apa yang membuat aku menulis artikel ini??apakah sitem yang aku sebenarnya tujukan..??Semua ini kerana kebimbangan aku terhadap mimpi2 ku sejak akhir2 ini..adakah aku akan terjebak di dalam sistem tersebut...biarkan saja....biarkan ia terus di bawa arus sistematik ini...aku cuma berserah!!!

di kolektif ini...aku berasa amat gembira!!!cuma risau jika aku tidak membuat orang lain gembira...

Tuesday, April 14, 2009

belajar di hujung minggu..



~atas : groupphoto "flickr outing", bwh: Baby -model flickr outing





~liza..provided by WR angency





~nadia



sejak 2 minggu lepas..saye berkunjung ke ibukota kuala lumpur..untuk menyertai rakan2 di sana yg membuat sesi fotografi model...

peluang spt ini saye gunakan semaksimum mungkin utk menimba ilmu dlm bidang fotografi sambil berkenalan dgn rakan2 baru...

biar ade suara sumbang yg mengatakan saye agak "poyo" shoot model..biarkan sahaja...
bak kate marjinal "aku x peduli kau siapa...yg penting ku suka..ku x peduli walau kau x suka...itu sudah biasa"...

sedikit catatan/info mengenai pembelajaran pd sabtu dan ahad lepas

~sabtu : 7.30am -outing flickr bermula dr CM ke BB...kami di pecahkan kpd 2kumpulan..setiap kumpulan di sediakan seorang model.Tidak terhad kpd model..peserta bebas untuk shoot ape sahaja sepanjang perjalanan tersebut...

~sabtu : 10am -shoot model "liza" di taman tasik titiwangsa,model di bawakan khusus dr WR Agency.Thanks to cikWan,bentayan,aye,don dan anjer yg turut serta di dalam sesi ini.

ahad~ 2pm- shoot model "nadia",spot kami di sekitar Bukit Bintang,KL

Wednesday, April 8, 2009

Terima Kasih





ahad lepas,aku di di pelawa oleh seorang rakan lame untuk menyertai model photoshoot di kuala langat.Kali ini kami shoot model bikini.

se awal pagi ahad,jam 7pagi kami bertolak dr taman connaught menuju ke sg gabai di kuala langat.Model kami pada pagi tersebut ialah miss Jess Chong.Perjalanan yang makan mase hampir 1jam dengan menggunakan toyota avanza milik si bentayan di guna sepenuhnya untuk aku mengenali rakan baru seperti mell(fotografer),don(fotografer) dan jess.

tiba di gabai,seawal jam 8 pagi..kami terus mendaki menuju ke spot shooting kami...gille gabai aku cakap kt korang..tinggi sialll tangga nk nek atas...kohot lutut koi..eheheheh.

tujuan kami dtg seawal pagi agar perjalanan shooting kami tidak di ganggu oleh crowd...
semua nya berjalan lancar sehingga jam 3pm..

kesempatan ini,aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pd bentaya,don dan mell coz banyak mengajar aku beberapa ilmu yang tak mungkin aku dpt jika aku tidak menyertai shoot kali ini.


gambar2 lain,boleh tgk kt flickr aku..link flickr ade kt tepi2 tu..cari la sendiri yek..kalo x jumpe..sila tanye...
ini adalah photoblog aku..jd aku xnk semak kan entry2 aku dgn puluhan gambar..ini bukan flickr atau fotopages ye!!

pesan nenek


rambut pendek disisir rapi..
rambut panjang di simpul mati,
pedihkah mata dan hati melihat diriku begini
kemanakah hilangnya toleransi berdemokrasi
kenali hati jiwa bukan bodoh rupa
jangan salah memikir,
kasih sesama insan
yang penting saling menghormati
bukan kata yang di agungkan
tapi perbuatan jadi ukuran,
jujur lah setia berkawan
bukan insan meragut insan
malaysia maju aman,kan baik begini
jangan mundurkan lagi,pemikiran rakyat
jangan lu nafikan,jangan lu nak hidup sendiri
jangan lu nak maki,jangan lu nak caci,
itu bangsa mu sendiri.
apa nak dihiraukan,mata sepet mata bulat,
kulit hitam kuning kangsat jalan lurus jgn sesat
pipit sama enggang dah lama terbang bersama
inikan pula kita manusia
kenapa bermasam muka...


di atas adalah lirik lagu "pesan nenek" dari pure vibracion,sebuah band pure raggae tempatan...dalami maksud lirik tersebut.Sungguh indah

Saturday, April 4, 2009

hormat!!!


"kami di sini..pada awalnya kelihatan seperti kriminal!!ada yang bertanya...makhluk apakah kami ini...dgn kulit spt ini(bertatu)...rambut kayaknya akar kelapa...trus..kami dampingi mereka...hormati mereka utk raih hormat dr mereka...kami bantu mereka bina jambatan..ajar anak2 mereka melukis,silkscreen...lagi...bergaul dgn smua usia.."~kate mike marjinal dr diskografi taring babi...


anda mahu diri anda di hormati...kerana apa???di sanjung??kerana apa??bagi aku...untuk meraih hormat dr insan lain agak sukar...apa yg paling penting..hormati diri mu sendiri...kemudian hormati org lain..dan jgn lah terlalu berharap untuk anda di hormati...

bergaul...dgn semua golongan...maksud aku golongan umur...mesra rakyat bak kata pemimpin...hormati hak mereka..hormati hak anda..Insyallah anda akan di hormati...
Membantu insan lain dgn penuh keikhlasan..kejujuran...jangan ada syak wasangka tanpa sebarang bukti...jalin kan hubungan baik...apa2 saje laa...

anda stress bila diri anda rase tidak di hormati...apa punca semua ini berlaku..tanye dlm diri...adekah aku melakukan kesalahan hingga aku lansung tidak di hormati...agak2 laa kan..bak kate apek "saspek la sket"...

apa sebab anda di maki hamun...jika tanpa sebab...maka tiadalah juga sebab untuk anda menghormati mereka(ini smua pendapat aku...)

Jika anda mempunyai seorang kekasih...dan kemudiannya dia curang...dan kemudiannya dgn selamba bodo..dia meletakkan segala kesalahan di atas dahi jendul anda...pikirkan sejenak..benarkah kata2 nya..atau sekadar alasan seorang manusia egoistik yg sgt elastik..kenyal...kental tidak mahu melopong kan kesalahan mereka..
aku dah cakap..hormat!!ingat blog aku pasal karma!!!

Jangan salahkan sesiapa jika anda mengalami tekanan dgn masalah spt aku sebut di dlm perenggan di atas....ko pilih untuk jadi begitu...x kemana masalah yg ko hadapi tu jika terus menyalahkan org lain...

ape2 yang berlaku pd aku sejak akhir2 ini..di halau..di maki..di perbodohkan..di pandang juling...semua itu bila di fikirkan semula adalah terlalu bodoh utk menyebab kan aku emo....pergi mampus la same mereka yg terlibat...

tapi kes halau tu..masih menghantui diri aku..sampai sekarang..dan kes semalam mmg buat aku ingin melanggar takat pernghoramatan aku terhadap seseorang yang aku anggap nadi!!!

aku bukan kriminal untuk aku mengaku sebagai kriminal..aku bukan koruptor untuk mengeksploitasi segala demi memenuhi poket impian aku...aku bukan Tuhan.

apa yang penting untuk kamu semua..."tiada siapa yang mampu menjaga perasaan kamu sebaik diri kamu memujuk perasaan mu sendiri".Hormat!!!

Friday, April 3, 2009

karma...

percaya akan karma???pernahkah berlaku kpd diri anda??
sukar untuk mempercayai semua ini..mungkin ia terjadi secara kebetulan..

tetapi,bagi aku...aku sgt mempercayai karma..jika anda pernah menzalimi seseorang..suatu mase nanti..anda akan di zalimi oleh insan lain...
jika anda pernah mencuri harta orang...suatu hari nnti Tuhan akan tarik rezki anda..mungkin dlm cara yang anda sendiri tidak perasan...

jika anda pernah menyakiti hati seseorang...percayalah..suatu hari nnti hati anda akan remuk spt mane hati insan yg anda hancur kan dahulu...

untuk pasangan bercinta...jujur lah dgn pasangan mereka...lepaskan mereka dgn cara terbaik jika anda sudah tidak dapat meneruskan hubungan...jgn sesekali mengecewakan pasangan anda..kerna...kelak anda akan lalui ape yg pasangan anda lalui..mahu percaya atau tidak..semua nye pernah terjadi!!

renungkan lah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...