Thursday, November 12, 2009

Ceritera Biasa Rangkaian Kami





Huh..terlalu acap kali mendengar..tapi akan kan daya..kuasa yang ada tidak mampu menangani semua ini…Cuma yg mampu..melihat dgn mata yg rabak ini sambil terkebil-kebil…

Mulut busuk berbau tuak..kata2 penuh hasad..itu sudah biasa..aku juga mungkin sedar tidak sedar berada di dalam golongan itu…paku dulang paku serpih,mengata orang dia yg lebih…

Sedar mungkin tidak sedar…selama menjalinkan hubungan dgn kamu kamu di luar sana..mungkin berjuta salah laku dan kata,ampun maaf aku pinta…mmg aku akui mulut ini sedikit celupar berbahasa…tidak pernah lepas dari kata2 menghina..aku bukan lah yang baik baik…aku Cuma yang biasa biasa sahaja…memang terkenal di dalam rangkaian rakan rakan ku…rakan rakan mu…kata kata nya tidak perlu di tapis..di perlu di teliti sebelum di sembur..tidak perlu mengambil kira hati dan perasaan yang lain…

Bagi aku..itu semua sudah biasa…Cuma harapan aku…bagi kamu yg terkena..terima lah seadanya kerana kita sama sama begitu..mungkin hari ini aku yg kena..mungkin esok aku yg kenakan kau..jadi jangan lah ambil hati..itu Cuma mainan kata kata cara kita…

Bagi yang di luar rangkaian ini..mungkin agak janggal buat pertama kali nya berbual dgn kami..memang itu cara kami…aku sedar bahawa ada rakan rakan yang mungkin berasa hati…mungkin ada kata kata yg aku hamburkan yang meroboh pagar kesabaran mereka…aku susuli dgn maaf..

Tidak perlu meleret leret…kerana ini Cuma ceritera biasa rangkaian kita..apa yg penting…aku dan kamu selesa utk terus berhubung begini…dan banyak sgt perkara yg kita lalui bersama..yg mungkin jadi bahan tertawa hari esok…mungkin jadi perisa rindu kemudian hari…mungkin menjadi sejarah hidup kita..dan mungkin jadi cerita turun temurun anak cucu mu nanti.

1 comment:

  1. so nice la ur hair.i x penah touch hair mcm tu.coz takot.tak tao nape.hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...