Friday, March 13, 2009

Selamat Pagi Jumaat


"Kalau kriminal..katakan kriminal...kalau koruptor,katakan saja koruptor"~marjinal..
Semalam..seorang rakan ingin belanja aku makan McDogol..tetapi bila memikirkan kesengsaraan yang melanda saudara kita di palestin...aku dan dia terus membatalkan niat untuk melantak double cheese burger di restoran tersebut...akhir nya kami cuma makan burger di sebuah warung di tepi jalan sahaja...
Aku x mampu untuk membantu mereka dengan cara lain...aku tidak mampu menghadapi masalah seserius yang mereka hadapi...cuma dengan sedikit kekuatan yang ada..aku cuma mampu memboikot barangan yang menyalurkan bantuan kepada Israel...itu pun bukan terhadap semua label...Mungkin juga kerana aku masih belum "sangap" McD...ehehehe
Selemah-lemah iman adalah dengan membenci kejahatan...di mana tahap aku dalam "ranking" keimanan...tidak mahu aku ulaskan hal ini lebih lanjut kerana aku tidak layak untuk memperkatakan hal tersebut...terlalu banyak yang aku belum tahu..belum yakin...takut2 tersalah kata...tersalah sampai...dan blog aku pagi ini bermula di sini...
Assalamualaikaum...selamat pagi jumaat..Alhamdulillah...pagi ini merupakan pagi yang cerah buat aku walaupun hujan sgt lebat...hujan rahmat di pagi jumaat...Aku anggarkan minggu ini terus mendung dlm hidup aku...kerana minggu ini minggu sampah dalam hidup aku...
Hampir setiap hari dalam minggu ini aku gagal melelapkan mata di waktu malam...jam 7pagi..dan kadang2 8 atau 10 pagi barulah aku terlelap kemudiannye bangun hampir pukul 6petang..sampah...minggu ini adalah minggu yang paling sedikit aku bekerja...tiada sebarang kerja airbrushing(mungkin kerana aku masih belum mempunyai studio baru),cuma sedikit kerja2 sticker...
Petang ini..Insyallah aku akan memulakan preview shot sebagai persediaan kerja foto perkahwinan aku esok hari...Cuba mengatur sedikit idea dan sketsa untuk "outdoor" shoot esok..Mungkin dengan cara ini,kerja2 hari esok berjalan lebih lancar seperti apa yang di lakarkan di atas sketchbook aku..Insyallah.
Seperti yang aku selalu kata kan...aku bukanlah profesional untuk melaksanakan semua ini.Maka..aku terpaksa membuat persediaan awal supaya aku tidak kelam kabut besok..Beberapa gambar dari jurufoto profesional telah memberikan aku banyak ilham baru Gambar dan komposisi mereka sangat mengilhami...moga gambar2 ku esok mempunyai kelainan dari yang sudah..Gaya kontemporari...mmm...ye lah tu...
Cuma aku risau aku sekali lagi dituduh mencuri gambar orang lain...ahahaha..Walaupun mood hampir hilang untuk kerja2 esok...tapi aku cuba mengatasi semua itu dengan separa profesional..bukan profesional ye..separa profesional sahaja...Lagipun mungkin ada sedikit salah paham atau perselisihan logik di dalam proses menjana kepercayaan pada otak pelanggan aku...curiga..syak wasangka...aku maafkan...Mungkin kerana penerampilan aku tidak seperti seorang yang mampu menghasilkan gambar2 yang ada di dalam fortfolio aku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...