Thursday, October 14, 2010

nota dari Bangkok.

lama tak menulis di ruang ni...malam ni gagahkan diri jugak utk menulis..cerita dari perjalanan aku selama 20hari dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

tanpa di rancang..aku telah bersetuju utk folo brader latif rasta ke pulau pinang(pd mulanya cuma ke pulau pinang)...

tujuan ke sana cuma utk jalan2 makan angin sambil menonton band seorang rakan perfom di sana..


2hari kami stay di pulau mutiara sebelum kami ke utara Malaysia,Perlis.Dalam perjalanan ke perlis..kami singgah di alor star..bertemu seorang rakan di sana.

kemudian singgah di simpang 4 perlis...lepak2 dgn kawan lama abg latif rasta...

akhirnya..di hari ke-4..abg latif decide utk masuk ke sempadan thailand..pada awalnya aku menolak...dan minta abg latif drop aku kt terminal bas arau..tetapi beliau ingkar arahan aku..dgn selambenye beliau bawak aku masuk siam..

hentian pertama kami di siam ialah daerah Satun...di sana..abg latif jumpe geng dia lagi..kami lunch di rumah Pak Ali(member abg latif)...dan x bleh aku lupa menu lunch yg sgt best aritu iaitu "kem som"...perghh..mmg sedap.

selepas mkn tengah hari..kami meneruskan perjalanan ke next stop...iaitu phattalung yg terletak kire2 400km dr satun...

perjalanan dgn kereta mengambil masa hampir 7jam ke phattalung(7jam termasuk stop makan/minum)..

di phattalung...kami berhenti utk tidur di chalet...kami di nasihat kan tidak meneruskan perjalanan lewat malam kerana agak berbahaya(penyamun/perompak).

seawal pagi ke-5...kami check out dan terus drive ke next stop..iaitu hua hin yang terletak hampir 350km dr phattalung...

kami tiba di huahin kira2 jam 4ptg...dan terus ke rumah seorang rastaman,Zamrasta...di sana kami melihat d.i.y studio milik mereka...dan jamming di rumah mereka...



pd waktu petang..kami ke pantai hua hin..lepak2 di sebuah bar milik rakan si zam...di sana kami sempat jam 2,3lagu...


kami menginap di rumah rastazam pd hari tersebut...dan hari ke-6...kami bertolak ke sebuah lagi daerah di siam,Kanchanaburi.

Daerah yg bersejarah(death railway) merupakan daerah yg agak cool bagi aku...terletak di sepanjang sungai(x ingat nama)...di sana kami bertemu dgn seorang lg rakan rasta iaitu Mr Tone...


Mr tone mengusahakan sebuah reggae bar di sana...setelah siap check in di sebuah chalet yg cun(di tepi sungai)...kami bersiap-siap utk ke reggae bar milik Mr. Tone...bar ini di gelar LandPole.

dan kami jam lagi di sana bersama bandmate Mr tone..mereka perfom mmg hebat..perfect...dasyat betul...

hari ke7..kami di bawa bersiar-siar oleh tone..kitorang gi mandi kt kolam air panas...jauh gak tempat tu dr kanchanaburi..siot betul...

gamba2 kt kolam air panas tu xtau mane aku letak...kire x pyh upload la ye...

hari ke-8...kami bertolak ke bangkok...akhirnya...kami tiba di bangkok pd jam 3ptg...perjalanan ke bangkok dr kanchanaburi mengambil masa 2jam 30minit shj.

kami stay di bangkok selama 9hari..sebelum travel balik ke malaysia..perjalanan balik mengambil masa 2hari utk tiba di sempadan malaysia.(malas nk crite pjg2...penat)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...