Friday, January 1, 2010

2010


..sedar x sedar kita dah melangkah ke tahun baru..selamat tinggal tahun 2009...
..sedar x sedar sudah setahun lebih akustikalam di arena blog...

banyak cemuhan..banyak maki2an dr blog aku...banyak sungguh emosi yg ade rasional dan mungkin lansung tiada bersebab...

2009...tak sampai 50% azam tercapai...di hujung 2009 ini..aku mengorak langkah untuk sedikit momentum ke tahun 2010...

di akhir 2009 ini..sangat sibuk..3album masih belum di siapkan...job graffitti melaka tukar design lagi...sebut harga bg kerja2 stiker agrobank masih lg dalam pengolahan baru...pening kepala di buat nya...

harap2 2010 sampai kt aku dlm keadaan "on the run" dengan momentum yg hebat sekali..biar tahun 2010 ini jadi permulaan yg sememangnya lewat bagi manusia yg bakal mencecah usia 30thn 2hb ini...ahahaha..

usia cuma mainan psikologi nombor..terpulang pd individu utk memanipulasikan usia nya berkadar terus dgn kejayaan duniawi idaman manusia...biar ia juga berkadar terus dgn kejayaan di akhirat sana..insyallah..

2010...alfatihah buat yg sudah tiada..arwah ayah..arwah li...arwah abg ngah...al fatihah..moga roh mereka berterusan di cucuri rahmat.

bagi kita yg masih menghirup oksigen di bumi ini..beringat lah...dr mana asal usul kita...yg sesat kembali lah..rujuk lah kpd Nya...insyallah berjaya...ini nasihat diri ku sendiri dan teman2..saudara2 di luar sana..

moga 2010 lebih banyak kejayaan di ciptakan..seimbang dunia mahupun akhirat.

2 comments:

  1. Jikalah aku ini air.. inging aku simbah dan basahkan di setiap gurun-gurun pasir itu, biar ia menjadi taman hijau, biar ia jadi kolam indah.
    Jika aku ini matahari, ingin aku hangatkan seluruh alam ini, hatta ketempat yang paling dingin, akan aku usahakan sungguh-sungguh,.
    Andai pula aku ini awan, ingin aku teduhkan engkau yang terdampar kepanasan,
    Andai aku pula adalah sungai, ingin aku mengairi seluruh tanah tandus, biar mekar bungaannya, biar subur padi temenggungnya.

    ReplyDelete
  2. Jika pula aku ini gunung-ganang, akan aku pasakkan kakiku sekukuhnya, dan akan aku menjadi sokong dibelakang mereka, supaya mereka tidak rebah, supaya mereka bisa berpaut.
    Jikalaulah pula aku ini angin, aku ingin menjadi posman, ingin aku sampaikan rindu yang dikirimkan melaluiku, ingin aku sampaikan kepada mereka. biar mereka bahagia, biar semua gembira.
    andai pula aku jadi air mata, tidak pula aku keluar sia-sia, biarlah ianya kerana takut, kerana takut pada pedihnya skaratul maut, kerana takut pada fitnah kubur, kerana takut pada susahnya hisap, kerana takut pada licin dan halusnya siratul mustakim, kerana takutkan neraka, kerana malu dan gentar kepada Al-Malik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...