Monday, November 29, 2010

aku jadi kamu jadi aku...

satu hari nanti..bila langit menghampiri bumi...aku jadi kau..dan kau jadi aku...waktu itu kita sama2 akan tahu....

kewujudan alam bukan tidak di sengaja kan...ia lebih kepada satu liku jalan sebagai ujian Sang pencipta kepada hamba2nya...

jika aku jadi kau..dan kau jadi aku...ape yg akan kita sama2 lakukan utk terus kekal dalam himpunan nama2 yang berjaya...

aturan hidup dalam sistem dan di luar sistem tidak menentukan samada gagal atau berjaya pd seseorang...

bagaimana untuk meneruskan kehidupan jika hidup tiada pegangan...bagaimana harus aku lakukan untuk aku jadi kau...dan kau terus jadi kau...

dalam ertikata lain...aku tidak mahu jadi kau...cuma diri kau agak mengilhami diri aku....

bagaimana gigih kau...jerih bersusah payah membesarkan 8orang anak...bekerja dgn gaji rm400 sebulan...bagaimana??

bagaimana kau catu makanan harian??bagaimana kau uruskan keinginan peribadi kau demi melihat anak2 kau gembira...

memikul seguni langsat untuk dijaja demi rm25...sbg wang belanja anak yg ingin rasai keseronokan spt anak2 lain...

bagaimana kau labur kan segala kepenatan kau kepada sulung...hingga dia menjadi tonggak dlm keluarga kau...menjana wang lebih dr yg kau jana seumur hidup kau???

6orang anak kau yg lain mengikut jejak sulung...cuma seorang yg terkehel...tertinggal jauh walaupun permulaan beliau cukup membanggakan...itu bukan lg silap kau...itu salah dirinya...tp dia punya cara tersendiri utk jaga maruah keluarga..

jika aku jadi kau....aku mungkin tidak mampu utk berkorban spt kau...

alfatihah buat arwah ayah...tahun ini tahun ke 9 pemergian beliau...

al-fatihah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...